Hijrah~

Alhamdulillah, kata2 syukur hanya pada Allah, Tuhan sekalian alam.

Masa. Terlalu cepat rasanya masa berlalu pergi. Masih segar lagi dalam ingatan sewaktu pertama kali menjejakkan kaki di bumi Australia ini- lebih kurang 6 tahun yang lalu, pada September 11, 2004. Perasaan pada waktu itu, sangat gembira untuk mencari pengalaman baru di bumi asing (mungkin sedikit berbeza dengan teman yang lain yang tengah sedih berpisah dengan keluarga). Alhamdulillah, bila mana Allah takdirkan untuk datang ke sini, yang pada waktu itu saya datang dengan tujuan untuk mendapatkan segulung ijazah, rupa-rupanya besar lagi nikmat daripada itu yang Allah telah aturkan untuk saya di sini: Tarbiyyah, Nikmat Ukhuwwah, dan Pendamping hidup saya temui di sini juga =)

Dengan ketiga-tiga nikmat yang Allah berikan, banyak membantu dalam perjalanan mendapatkan medical degree. Pengalaman nak membiasakan dengan slang OZ, terpaksa belajar dalam keadaan yang sejuk, makan ala kadar sebab masa tu elaun tak sebanyak yang ada sekarang, berpindah randah disebabkan insiden-insiden yang tak di ingini, berjaulah bersama housmates, kedatangan akak2 yang baik hati dari interstates dan terlalu banyak lagi untuk disebutkan. Semua pengalaman yang lalu telah banyak mematangkan diri, mentarbiyah diri kami di bumi asing ini. sekali lagi, Alhamdulillah =)

Gosford Hospital

Pemandangan yang cantik di sekitar Gosford

Kini, saya sudah berhijrah dari kampung halaman NC. Berpindah ke Gosford untuk memulakan pula perjuangan menjadi seorang doktor, insya Allah. Kalimah syukur pada Allah, kerana Dialah saya disini. Pertolongan dan rezeki daripada Allah datang dari arah yang tidak disangka-sangka. Berusahalah, berdoa dan tawakal kepadaNya. InsyaAllah, kita tak akan rugi, kerana jika tak di dunia, pasti di akhirat nanti kita akan dapat ganjarannya.

“….dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” [at Talaq:2-3]

Jazakumullah khairan katheera pada pendamping diri yang nun jauh di sana, yang banyak membantu saya mengharungi saat-saat suka dan duka. Banyak bersabar, memberi nasihat, setia bersama saya dalam melalui segalanya. Juga kepada keluarga yang selalu mendoakan, akhwat dan teman lain yang tidak jemu memberi kata semangat dan berdoa dan  insan-insan lain yang banyak membantu.

Saya memang mahukan title DR….Daie Rabbani, sebelum title doktor yang kita fahami. Doa saya, semoga Allah akan mempermudahkan perjalanan seterusnya. Semoga Allah sentiasa memperteguhkan kaki diatas jalan ini, moga dunia tidak masuk ke dalam hati dan agar niat tak pernah lari. Ameen ya Rabb. Perjalanan hidup akan diteruskan. Dimana pun kita, siapa pun kita. Tapi ingatlah, saat ajal pasti akan tiba. Perlu persiapkan diri untuk menuju saat itu juga. Cukupkan bekalan, kumpulkan saham2 dunia untuk akhirat nanti, dan semailah benih di dunia..hasilnya akan kita kutip di sana nanti, insyaAllah.

“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); “ [al Mulk:2]

2 Comments (+add yours?)

  1. sas
    Jun 10, 2010 @ 21:46:10

    salam, kak mel.
    mabrouk. dah sampai ke staging baru.
    selamat beramal. 🙂

    Reply

    • peneguhan
      Jun 10, 2010 @ 23:17:34

      w’salam wbt, ukhti =)
      jazakillah khayr! mg diPermudahkn jg buat enti di sana ye…

      p/s: bl nak dtg ziarah ke oz..akak teringin jg nak ke sana..iAllah ada rezeki smpi lah nnti =)

      Reply

Leave a comment