I.M.A.N

Peringatan buat diri sendiri..dan pembaca jg (if there’s any =), since blog ni actually utk catatan diri sendiri)…

Sabda Rasulullah: “Iman itu bukanlah angan-angan, bukan pula ucapan, tetapi sesuatu yang menetap di dalam dada, lalu dibuktikan dengan perbuatan.”

Ya Allah, tinggal beberapa hari lagi…Moga Allah Permudahkan, dan sentiasa beri keberkatan dan hidayah dalam menjadi kehidupan selepas ini.

Hadis Qudsi:

Allah swt berfirman: “Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil. (Sahih Bukhari)

Promosi JALINAN 2010 di Sungai Congkak

Pembentukan insan yang cemerlang merupakan matlamat utama pendidikan. Insan yang cemerlang akan dapat memainkan peranan dan memberikan sumbangan yang terbaik walau dimanapun dia berada. Kecemerlangan yang dicita-citakan adalah kecemerlangan yang menyeluruh yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Islam sebagai agama yang syumul menitik-beratkan aspek pembangunan insan untuk mewujudkan insan cemerlang, bagi memainkan peranan sebagai hamba Allah di muka bumi.

Sejarah telah membuktikan bagaimana Rasulullah telah dengan jayanya membentuk satu generasi yang cemerlang, yang telah mengubah sejarah dunia, membuka dimensi baru dalam kehidupan umat manusia. Era kegemilangan Islam yang bermula dengan pembentukan kelompok kecil di Mekah hinggalah kepada keluasan jajahan Islamiah yang menaungi hampir 2/3 dunia tidaklah dibina dengan usaha remeh temeh. Antara faktor terpenting yang menyumbang ke arah kejayaan itu adalah itu ialah kesepaduan ukhuwwah yang terbentuk antara mereka. Justeru itu, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) amat meyakini akan pentingnya elemen ukhuwwah ini dalam usaha mengembalikan kegemilangan tersebut. Memandangkan betapa pentingnya pelajar-pelajar lulusan luar negara masa kini pada masyarakat, maka perlunya dari awal lagi diadakan program-program yang sedikit sebanyak boleh membantu dan meningkatkan kualiti mereka di perantauan.

Justeru itu kita cuba merealisasikan usaha ini dengan mengadakan satu program yang telah dirancang dan dinamakan JALINAN UKHUWWAH MUSIM PANAS (JALINAN) agar boleh menjadi titik tolak kecemerlangan mereka yang sejajar dengan peribadi dan syakhsiah diri yg tinggi. Oleh itu marilah kita bersama-sama untuk menatijahkan usaha-usaha dan harapan yang murni ini agar menjadi kenyataan. InsyaAllah.

Tiada usaha yang sia-sia, cuma kejayaan yang lewat tiba

Tengah baca bab terakhir muntalaq tadi..terbaca ungkapan “Tiada usaha yang sia-sia, cuma kejayaan yang lewat tiba”. masyaAllah, sebelum ni pernah baca dah, tp kali dapat pencerahan lagi skali-alhamdulillah. bila kat malaysia ni, sesekali terkenang juga suatu tempat di bumi kangaroo yg ditinggalkan sebentar. memikirkan masa depan tunas2 kecil  di situ.insyaAllah hati sungguh yakin bahawa dakwah ini pasti dipelihara Allah, tapi pastinya ia memerlukan usaha yg bukan sekadarnya dari kita orang2 yg ‘bekerja’. moga2 Allah berikan keteguhan, kekuatan dan kesabaran di atas jalan ini. pasti tidak akan menyesal bila kita memilih jalan ini, kerana pengakhirannya sudah pasti.sama ada kejayaan dengan kemenangan milik kita atau kejayaan utk mati syahid. bersabarlah wahai hati..ingat kata2 itu: tiada usaha yang sia2, cuma kejayaan yang lewat  tiba =)