Kerana Ukhwah Kita Fillah

Ya Akhawati Fillah,
Di medan ini kita bertemu
Tersimpulnya hati di bawah kasih Ilahi,
Terikatnya kalbu senantiasa disulami rindu
Simpulan terindah yang pernah kualami
Ikatan yang tak pernah ku duga akan kutemui

Titisan keringat ditatangi hikmah
Titisan air mata dinaungi thiqah
Dada dilapang atas segala resah
Hati dikorban mendahului ukhwah
Mendidik peribadi, menjiwai tarbiyyah
Namun ku akui, bukannya mudah.

Ya Akhawati fillah,
Langit tidak senantiasa cerah
Namun mendung pasti kan jua berarak lalu
Diriku, dan dirimu, hanya insan biasa
Punyai fitrah, punyai kelemahan
Kita tidak sempurna…
Tapi kita istimewa…
Kerana kita menjunjung risalah
Kerana kita menjinjing qudwah
Kerana Islam kita ‘izzah

Ya Ukhti fillah,
Ukhuwwah kita memang indah,
Namun ukhuwwah ini lebih payah
Menuntut pengorbanan
Menggugat kesabaran, menduga iman.

Kerana ukhuwwah kita fillah
Akan ada yang menghembus pada simpulan
Akan ada yang membisikkan zhan
Akan ada yang mencetuskan kedengkian
Akan ada yang mengambil kesempatan
Maka peliharalah simpulan ini setulus hati

Andai ada hak yang dikata, tunaikanlah…
Andai ada syubhah di hati, leraikanlah…
Andai ada dengki dendam membara di jiwa, padamkanlah…
Andai ada maaf yang perlu dipinta, pohonlah…
Andai ada maaf yang perlu disambut, hulurkanlah…
Kerana kita bukan sempurna
Namun kerana ukhuwwah kita fillah

Ya Akhawati Fillah,
“Tidak benar-benar beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri.”
Kuharap masih panjang waktu untukku tunaikan hak terhadapmu
Kuharap masih panjang waktu untukku gembirakan dirimu
Kuharap masih panjang waktu untukku zahirkan kasihku

Namun tidak kutahu bila
Andai sesudah ini, lisanku tidak boleh berkata lagi
Andai sesudah ini dadaku tidak berombak lagi
Andai sesudah ini nafasku bukan milikku lagi
Atau mungkin saat ini,
Ku ingin dirimu tahu..
Inni uhibbukum fillah abadan abada…
Kerana ukhuwwah kita fillah

Advertisements

Pelajar Muslim Contoh

Kena jadi model untuk projek memperkenalkan Islam kepada local people =)

Oleh: Ustaz Mustafa Masyhur Rahimullah

Dia hendaklah mengutamakan menerima pelajaran terus daripada guru-gurunya dan jangan sekali-kali tidak hadir kelas kecuali berlakunya keuzuran yang kuat. Fikirannya hendaklah sentiasa di dalam keadaan yang ‘alert’ dan memberikan tumpuan yang sepenuhnya ketika mengikuti pengajaran guru, tidak terganggu dengan urusan yang lain, kerana jika ajaran guru tersebut dapat dikuasai maka ini akan dapat membantunya di dalam pembelajaran. Banyak perbezaan yang dia alami jika tidak menghadiri kelas atau tidak mengambil berat kuliah daripada guru, tentunya ada di setengah-tengah tempat yang kurang jelas atau tidak betul-betul difahaminya. Adalah lebih baik jika jika dia membaca pelajaran tersebut sebelum disyarahkan oleh gurunya. Ini akan memberikannya penguasaan yang baik dan dapat memberikan tumpuan pada aspek pelajaran yang kurang faham.

Dia hendaklah tahu bahawa kebanyakan pelajaran itu ada hubungan di antara satu sama lain. Pada kebiasaannya sesuatu pelajaran itu sukar difahami jika pelajaran yang sebelumnya tidak difahami dengan baik. Oleh itu jangan ada pelajaran yang tidak difahaminya. Jika ini berlaku, maka segeralah berjumpa dengan guru-guru atau kawan-kawan.

Untuk memudahkannya mengusai seluruh pelajaran, di akhir tahun dia perlu membuat ringkasan bagi setiap bab dan isi-isi yang pokok dan yang cabangnya dengan menggunakan perkataan yang mudah difahami. Dibuat rajah yang besar bagi setiap mata pelajaran dan diingatkannya baik-baik, manakala penghuraiannya adalah sebagai isinya yang menutup rangka yang kasar itu. Setiap isi itu akan melekat di atas rangkanya. Jika tidak ada rangka yang kasar tersebut, isi-isinya akan bercampur baur sesama sendiri menyebabkan badan manusia tidak terbentuk. Hendaklah dia yakin kepada dirinya bahawa percubaaan ini adalah percubaaan yang berjaya.

Penuntut Muslim contoh hendaklah berusaha supaya dapat menguasai pelajarannya dan mencapai keputusan yang baik di dalam peperiksaan mengatasi pelajar lain. Ini merupakan perkara yang dituntut dan satu kewajipan yang akan mengembirakan kedua ibu-bapanya. Dia juga perlu membuktikan bahawa penglibatannya dalam gerakan Islam tidak akan sekali-kali mengganggu pelajarannya bahkan mendorongnya mengatasi kawan-kawannya yang lain. Ini juga adalah sebagai salah satu bentuk dakwah kepada kawan-kawan supaya mereka tidak bimbang penglibatannya dalam gerakan Islam tidak akan mengganggu pelajaran dan masih boleh mencapai keputusan yang baik. Tetapi jika penuntut Islam tidak mencapai keputusan yang baik di dalam peperiksaannya, ini akan menyebabkan kedua ibubapanya melarangnya daripada melibatkan diri di dalam kerja-kerja dakwah.

Penuntut Muslim hendaklah sentiasa di dalam keadaan zikrullah dan meminta perlindungan daripada godaan syaitan. Segala amalan, belajar, menjawab di dalam peperiksaan hendaklah dimulakan dengan membaca Bismillahir-Rahmanir-Rahim dan memohon pertolongan daripada Allah. Dia hendaklah menunaikan kewajipan terhadap pelajaran dan mengulangkajinya, kemudian bertawakal kepada Allah, memulakan peperiksaan dengan hati yang tandus, Menerima keputusan dengan mengucap Bismillah dan bersyukur kepada Allah sekiranya Berjaya dan kembalikan segalanya itu kepada Allah di atas pertolongan dan taufikNya. Jika sebaliknya berlaku, janganlah disempitkan perasaan dan jangan berdukacita dan katakan ini adalah ketentuan Allah dan apa yang Allah kehendaki. Dia boleh melakukannya dan akan berusaha lagi dengan penuh keazaman dan ketenangan.

Penuntut perempuan Islam hendaklah berpegang dengan apa yang tersebut dahulu iaitu hendaklah dia menjaga sifat kewanitaannya dan berpegang teguh dengan adab-adab Islam seperti berpakaian Islam yang sempurna dari segi rupa bentuknya dan menjauhkan diri daripada perkara yang dilarang iaitu dari berbagai jenis perhiasan yang dilarang. Dia hendaklah menjaga dirinya dari tempat yang menimbulkan keraguan dan percampuran, mengangkat suara tinggi, ketawa kuat dan lain-lain sifat yang tidak layak bagi penuntut Islam contoh. Dia hendaklah berpegang kepada adab malu, bijak dalam memilih kawan perempuan serta mendalami masalah agama terutama yang berkaitan dengan perempuan. Dia hendaklah melaksanakan peranannya sebagai pendakwah kepada kawan-kawannya.

[Diambil dari buku Suri Tauladan Di Sepanjang Jalan Dakwah oleh Ustaz Mustafa Masyhur Rahimullah]

Terjemahan : Dr Azmi Md Nor

—>Ya Rabb, permudahkan langkah seterusnya bagi kami..Lapangkan dan bersihkanlah hati kami untuk menerima ilmu-ilmuMu yg amat luas

Walimatul Urus~

Assalamualaikum wbt

Walimatul Urus

Dengan rasa penuh kesyukuran dan memohon keampunan dan rahmat Ilahi

kami ingin menjemput akhawat yang dikasihi ke walimah kami;

Nur Amalina Bte Abdul Gani [ (Kak )Mel Nc] & Shaiful Aizad Bin Shafie

insyaAllah pada 20 Disember 2009 bersamaan 3 Muharam 1431,

bertempat di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya

dan

insyaAllah pada 26 Disember 2009 bersamaan 9 Muharam 1431,

bertempat di 290, Taman Damai, Jalan Panchor, Pokok Sena.

Semoga dengan doa dan kehadiran akhawat, akan menambah barakah pernikahan dan walimah kami, insyaAllah

Seputar Pernikahan________________________________________________________________________

Apabila seseorang melaksanakan pernikahan, bererti telah menyempurnakan separuh agamanya,
maka hendaklah ia menjaga separuh yang lain dengan bertaqwa kepada Allah
[HR Baihaqi dari Anas bin Malik]

Pernikahan adalah suatu hal yang suci. Sangat besar kemuliaannya dan sangat tinggi kedudukannya dalam Islam, sehingga Al-Qur’an menyebutnya sebagai mitsaqan-ghaliza (perjanjian yang sangat berat). Istilah ini tidak pernah dipakai dalam Al-Qur’an, kecuali hanya untuk tiga peristiwa. Satu perjanjian akad nikah. Dan dua lagi untuk perjanjian tauhid. Maka, pernikahan yang diredhai Allah akan dipenuhi dengan do’a malaikat yang menjadi saksi pernikahan.

Ketika akad nikah terjadi, halal apa-apa yang sebelumnya diharamkan. Apa yang sebelumnya merupakan maksiat dan bahkan dosa besar, sejak saat itu telah menjadi kemuliaan, kehormatan dan besar sekali pahala di sisi Allah. Pernikahan telah mengubah pintu-pintu dosa dan kekejian menjadi jalan kemuliaan dan kesempurnaan manusia dalam beragama. Allah menyempurnakan setengah agama ketika seseorang melakukan pernikahan.

Ada pernikahan yang penuh keberkatan. Ada pernikahan yang sedikit keberkatannya.Dan yang paling menakutkan, adalah pernikahan yang tidak akan pernah ada keberkatan didalamnya. InsyaAllah, kami mengharapkan doa semua agar pernikahan ini nanti mendapat barakah daripadaNya, juga agar baitul muslim yang dibina menjadi lonjakan dalam amal & dakwah serta dilimpahi dengan sakinah, mawadah wa rahmah, insyaAllah…

Sayang selalu,
Ukht Amalina

=)

An African proverb states, “Before you get married, keep both eyes open, and after you marry, close one eye.”

Before you get involved and make a commitment to someone, don’t let lust, desperation, immaturity, ignorance, pressure from others or a low self-esteem make you blind to warning signs. Keep your eyes open, and don’t fool yourself that you can change someone or that what you see as faults aren’t really important.

Once you decide to commit to someone, over time their flaws, vulnerabilities, pet pee ves, and differences will become more obvious. If you love your mate and want the relationship to grow and evolve, you’ve got to learn to close one eye and not let every little thing bother you.

You and your mate have many different expectations, emotional needs, values, dreams, weaknesses, and strengths. You are two unique individuals who have decided to share a life together. Neither of you are perfect, but are you perfect for each other? Do you bring out the best of each other? Do you compliment and compromise with each other, or do you compete, compare, and control? What do you bring to the relationship? Do you bring past relationships, past hurt, past mistrust, past pain?

You can’t take someone to the altar to alter him or her. You can’t make someone love you or make someone stay. If you develop self-esteem, spiritual discernment, and “a life”, you won’t find yourself making someone else responsible for your happiness or responsible for your pain. Manipulation, control, jealousy, neediness, and selfishness are not the ingredients of a thriving, healthy, loving and lasting relationship.

Seeking status, sex, wealth, and security are the wrong reasons to be in a relationship. What keeps a relationship strong? Communication, intimacy, trust, a sense of humor, sharing household tasks, some getaway time without business or children and daily exchanges (a meal, shared activity, a hug, a call, a touch, a note). Leave a nice message on their voicemail or send a nice email. Sharing common goals and interests- di atas jalan apa anda menikah?.

Growth is important. Grow together, not away from each other, giving each other space to grow without feeling insecure. Allow your mate to have outside interest. You can’t always be together. Give each other a sense of belonging and assurances of commitment. Don’t try to control one another.

Learn each other’s family situation. Respect his or her parents regardless. Don’t put pressure on each other for material goods. Remember for richer or for poorer. If these qualities are missing, the relationship will erode as resentment, withdrawal, abuse, neglect, dishonesty, and pain replace the passion.

“Nurture your mind with great thoughts, for you will never go any higher than you think.” The grass withers, the flowers fades, but the word of God stands forever.

Shall we make a new rule of life from tonight? Always to try to be a little kinder than is necessary. The difference between ‘United’ and ‘Untied’ is where you put the “i”. Life is not measured by the number of breaths we take, but by the moments that take our breath away.

–A Soulful Relationship by Reverend Ronald McFadden–