…Enam bulan~

Enam bulan kini, alhamdulillah atas segalanya…

ya Allah, kurniakan kami Sakinah, mawaddah wa rahmah..

..dan (Allah) Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua    (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. ” QS. Al Anfaal [8] : 63.

Ya Muqallibal qulub, Tsabbit qalbi ‘alaa dinik

” Ya Allah yang membolak balikkan hati, mantapkanlah hatiku terhadap agamaMu”

“Ya Allah yang membolak balikkan hati, mantapkan hatiku dalam cinta/mawaddah terhadap pasanganku, dan mantapkan hati pasanganku dalam mawaddah (nya) terhadapku”

Will keep on learning…~

Persandaran

Persandaran Makhluk Hanya Pada Tuhannya
Tempat Ia Pasrahkan Segalanya
Bukan Selain Daripada Pencipta
Pasti Kekecewaan Yang Akan Dirasa

Bila Bersandar Pada Makhluknya
Jika Terpisah Rasa Kehilangan
Jika Terasing Rasa Ditinggalkan
Jiwa Menderita Gelisah Sentiasa

Biar Bersandaran Hanya Pada Tuhan
Merasai Cukup Hanya DenganNya
Bersama Terasing Rasanya Sama
Allah Sentiasa Di Dalam Jiwa

Biar Terlihat Tidak Punya Apa
Tetapi Hati Kaya Dengan Rasa
Rasa Kasih Dan Cinta Illahi
Menjadi Cahaya Penghidup Jiwa

Munsyid: NowSeeHeart

Dua puluh enam

Assalamualaikum wbt,

12 Jun 1984. Pada tarikh inilah saya telah selamat dilahirkan, di Klinik Jalan Tok Lam, Kuala Terengganu =) Saya dinamakan dengan nama yang bermaksud “cahaya cita-cita kami”. Nama pada anak-anak pun satu doa. InsyaAllah , sangat berharap agar dapat menghidupkan nama yang diberi, agar dapat jadi kebanggaan kedua ibu dan bapa saya, dan dapat membantu mereka, di dunia dan di akhirat kelak, iAllah…

Sepanjang 26 tahun ini…

Alhamdulillah….atas segala nikmat yang Allah berikan sepanjang saya ditumpangkan di atas muka bumi ini. Udara yang dihirup, nikmat mata melihat keindahan alam ciptaanNya, nikmat pendengaran, rezeki yang Dia berikan tidak putus-putus- sentiasa cukup makan minum, kehadiran orang-orang tersayang, Pertolongan Allah dalam urusan kehidupan dan terlalu banyak lagi, pasti tak akan habis untuk saya senaraikan di sini.

Astaghfirullah…atas di atas kelemahan diri sendiri. Yang tidak pandai untuk mensyukuri nikmat yang Allah Pinjamkan selama ini. Mudah untuk terlupa. ya Allah, janganlah Engkau palingkan kami daripada hidayahMu setelah Engkau berikannya pada kami. Teguhkan iman kami, dan kembalikan kami kepadamu dalam keadaan sebagai hamba-hambaMu yang beriman, yang Engkau Redhai…

Term 1:Orthopaedics

Assalamualaikum wbt,

Segala persoalan dah terjawab. InsyaAllah saya akan mulakan perjuangan sebagai seorang intern Selasa depan, disebabkan hari Isnin nanti public holiday, Queen’s Birthday. Dapatlah seminggu extra untuk menyesuaikan diri di tempat baru dan uruskan beberapa perkara sebelum mula bekerja nanti, contohnya ulangkaji Orthopaedics termasuklah membelek-belek semula buku anatomy yang telah lama di tinggalkan. Boleh jadi sedative agent yang berkesan Zzzz =)

Menarik sungguh apa yang Allah aturkan untuk kehidupan kita. Seingat saya sewaktu mengisi borang preference term yang saya nak buat semasa internship, term Ortho adalah yang paling saya tidak berminat =| . Pengalaman sebagai medical student di NC dulu, team ortho didominasi oleh kaum lelaki-daripada surgeon sampailah ke intern, nurse dekat ward ramailah yang perempuan =). Masa tu, rasa nak cepat habiskan rotation ortho, dah tak larat rasanya kalau kena tanya pasal anatomy- apa nama muscle yang attach kat tulang ni, blood vessels yang supply part ni, innervation, etc. Sekarang, kenalah bersedia untuk melaluinya semula. Expectation pasti berbeza, hmm kena berusaha! Teringat kata-kata seorang ukhti ” Akhwat kena bersungguh-sungguh dalam setiap perkara yang kita lakukan. Tak kiralah dakwah, studies dll. Natijah, biar Allah yang tentukan”

“…dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” [2:216]

Hmm…terbayang-bayang juga bagaimana rasanya nak jaga dan merawat pesakit-pesakit kat hospital nanti (yang mana majoriti dekat ward nanti adalah orang-orang tua yang ada pelbagai penyakit dan masalah lain). Rabbuna yusahil! Sebelum menjaga dan merawat orang lain, kena jaga diri sendiri dulu juga =) Terutamanya daripada penyakit hati.  Selalulah muhasabah, tengok-tengok jika kita ada penyakit ni. Minta dijauhkan dan moga Allah Pelihara kita daripadanya…

Permudahkan ya Allah…

Best of Wishes!

Kepada sahabat-sahabat dan adik-adik yang telah, sedang dan
bakal menduduki peperiksaan..moga Allah Permudahkan dan kurniakan
kejayaan..usaha+doa+tawakal…doa kami mengiringi =)

dan kepada yang bakal menaiki anak tangga yang kedua,moga Allah Permudahkan urusan kalian..dan doa kami agar dikurniakan sakeenah, mawaddah wa rahmah dalam manempuhi alam rumahtangga, insyaAllah…~

Hijrah~

Alhamdulillah, kata2 syukur hanya pada Allah, Tuhan sekalian alam.

Masa. Terlalu cepat rasanya masa berlalu pergi. Masih segar lagi dalam ingatan sewaktu pertama kali menjejakkan kaki di bumi Australia ini- lebih kurang 6 tahun yang lalu, pada September 11, 2004. Perasaan pada waktu itu, sangat gembira untuk mencari pengalaman baru di bumi asing (mungkin sedikit berbeza dengan teman yang lain yang tengah sedih berpisah dengan keluarga). Alhamdulillah, bila mana Allah takdirkan untuk datang ke sini, yang pada waktu itu saya datang dengan tujuan untuk mendapatkan segulung ijazah, rupa-rupanya besar lagi nikmat daripada itu yang Allah telah aturkan untuk saya di sini: Tarbiyyah, Nikmat Ukhuwwah, dan Pendamping hidup saya temui di sini juga =)

Dengan ketiga-tiga nikmat yang Allah berikan, banyak membantu dalam perjalanan mendapatkan medical degree. Pengalaman nak membiasakan dengan slang OZ, terpaksa belajar dalam keadaan yang sejuk, makan ala kadar sebab masa tu elaun tak sebanyak yang ada sekarang, berpindah randah disebabkan insiden-insiden yang tak di ingini, berjaulah bersama housmates, kedatangan akak2 yang baik hati dari interstates dan terlalu banyak lagi untuk disebutkan. Semua pengalaman yang lalu telah banyak mematangkan diri, mentarbiyah diri kami di bumi asing ini. sekali lagi, Alhamdulillah =)

Gosford Hospital

Pemandangan yang cantik di sekitar Gosford

Kini, saya sudah berhijrah dari kampung halaman NC. Berpindah ke Gosford untuk memulakan pula perjuangan menjadi seorang doktor, insya Allah. Kalimah syukur pada Allah, kerana Dialah saya disini. Pertolongan dan rezeki daripada Allah datang dari arah yang tidak disangka-sangka. Berusahalah, berdoa dan tawakal kepadaNya. InsyaAllah, kita tak akan rugi, kerana jika tak di dunia, pasti di akhirat nanti kita akan dapat ganjarannya.

“….dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” [at Talaq:2-3]

Jazakumullah khairan katheera pada pendamping diri yang nun jauh di sana, yang banyak membantu saya mengharungi saat-saat suka dan duka. Banyak bersabar, memberi nasihat, setia bersama saya dalam melalui segalanya. Juga kepada keluarga yang selalu mendoakan, akhwat dan teman lain yang tidak jemu memberi kata semangat dan berdoa dan  insan-insan lain yang banyak membantu.

Saya memang mahukan title DR….Daie Rabbani, sebelum title doktor yang kita fahami. Doa saya, semoga Allah akan mempermudahkan perjalanan seterusnya. Semoga Allah sentiasa memperteguhkan kaki diatas jalan ini, moga dunia tidak masuk ke dalam hati dan agar niat tak pernah lari. Ameen ya Rabb. Perjalanan hidup akan diteruskan. Dimana pun kita, siapa pun kita. Tapi ingatlah, saat ajal pasti akan tiba. Perlu persiapkan diri untuk menuju saat itu juga. Cukupkan bekalan, kumpulkan saham2 dunia untuk akhirat nanti, dan semailah benih di dunia..hasilnya akan kita kutip di sana nanti, insyaAllah.

“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); “ [al Mulk:2]

Previous Older Entries