Kembali

Bismillah

Segala puji dan syukur hanyalah pada Allah Taala…

Kini saya kembali. Cuba untk membersihkan debu-debu yang kian menebal akibat telah lama ditinggalkan, lebih daripada setahun! Banyak yang telah berlaku, terlalu banyak. InsyaAllah akan cuba dikongsikan, dan moga ia menjadi satu rakaman kenangan perjalanan hidup ini suatu hari nanti.

Moga terus istiqomah. Doakan!

It’s been awhile…

Bismillahirrahmanirrahim…

Berbulan-bulan sudah lamanya blog “Hati yang hidup” ditinggalkan. Tapi insyaAllah, ianya masih hidup, moga tak pernah mati sehinggalah datang masanya nanti untuk kembali menghadap Pencipta hati ini =)

Dalam masa yang berbulan-bulan ini, terlalu banyak kisah kehidupan yang berlaku. Yang menggembirakan, mendebarkan, menyedihkan, merungsingkan…ada belaka. Ala kulli haal: Alhamdulillah =)

Antaranya…kalau sebelum ni masih baru bermula dengan term orthopaedics, sekarang dah masuk half way of term general medicine at Wyong Hospital. Berulang alik dengan nusaybah kesayangan selama 40 minit (one way) untuk ke hospital dari gosford. Penat..tapi kena mujahadah sket, niatkan sbg ibadah, insyaAllah ada ganjaran disitu. Alhamdulillah masih ada waktu di hujung minggu untuk berjumpa dengan akhwat dan adik2. Dapat duduk dan beriman sejenak bersama mereka adalah satu nikmat. Kalau orang lain mungkin akan cari kerehatan di hujung minggu setelah bekerja keras sebelumnya. Tapi, insyaAllah bagi seorang daie, kerehatan abadi adalah di syurga nanti…Moga Allah tetapkan hati ini!

Dan kalau sebelum ni berdua, insyaAllah beberapa bulan lagi akan bertambah menjadi bertiga (at least…). Alhamdulillah, atas nikmat yang Allah berikan. Nearly 13 weeks now.Moga lil khalifah terus membesar dengan baik. Moga menjadi ikhwah/akhwat yang dapat meneruskan perjuangan risalah islam ini. First trimester dah makin tiba ke penghujung. InsyaAllah, meaning that nausea/vomiting, extreme lethargy (mgkn sedikit exaggerate), takde selera makan akan mula beransur2 hilang. Tapi akan ada cabaran2 lain pula nanti . Sekarang ni baru nak recovering drpd ketidaksihatan. Doc pun tak pasti sama ada viral/bacterial infection..Kalau boleh tak naklah makan antibiotik lagi..Previously prescribed with keflex for UTI (quite common in pregnancy). Sekarang ni pula Amoxicillin…Moga Allah berikan kekuatan!

Tak buat u/s at 12 weeks. Dah fully booked. iAllah week 18-20 nnti boleh buat. Gambar ni pinjam orang lain punya =) ultrasound at 12 weeks…

Bukankah Kami (Allah) menciptakan kamu daripada air yang hina?
Kemudian Kami (Allah) jadikannya dalam tempat yang kukuh.
Sampai waktu yang ditentukan.
Lalu Kami (Allah) tentukan, maka (Kami/Allah) sebaik-baik yang menentukan.
[77:20-23]

Kiranya masih belum terlambat…Eid Mubarak!

SALAM AIDIL FITRI

BUAT KELUARGA, SAHABAT HANDAI DAN SESIAPA YANG MENGENALI =)

Moga kita dipertemukan dengan Ramadhan yang seterusnya, insyaAllah!

Ikhlas daripada kami sekeluarga…

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Tidak ada Tuhan melainkan Allah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah
Allah Maha Besar dan Maha Agung dan segala puji bagi Allah
.
Maha Suci Allah pada pagi dan petang
Tiada Tuhan melainkan Allah
Dan tidak ada yang kami sembah kecuali hanya Allah
Dengan ikhlas kami beragama kepadaNya
Walau orang-orang kafir membenci
Tidak ada Tuhan melainkan Allah sendiriNya
Benar janjiNya, dan Dia menolong akan hambaNya
Dan Dia mengusir musuh NabiNya dengan sendiriNya
Tiada Tuhan melainkan Allah
.
Allahu Akbar, Allahu Akbar
Dan bagiNya segala puji.

…Enam bulan~

Enam bulan kini, alhamdulillah atas segalanya…

ya Allah, kurniakan kami Sakinah, mawaddah wa rahmah..

..dan (Allah) Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua    (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. ” QS. Al Anfaal [8] : 63.

Ya Muqallibal qulub, Tsabbit qalbi ‘alaa dinik

” Ya Allah yang membolak balikkan hati, mantapkanlah hatiku terhadap agamaMu”

“Ya Allah yang membolak balikkan hati, mantapkan hatiku dalam cinta/mawaddah terhadap pasanganku, dan mantapkan hati pasanganku dalam mawaddah (nya) terhadapku”

Will keep on learning…~

Persandaran

Persandaran Makhluk Hanya Pada Tuhannya
Tempat Ia Pasrahkan Segalanya
Bukan Selain Daripada Pencipta
Pasti Kekecewaan Yang Akan Dirasa

Bila Bersandar Pada Makhluknya
Jika Terpisah Rasa Kehilangan
Jika Terasing Rasa Ditinggalkan
Jiwa Menderita Gelisah Sentiasa

Biar Bersandaran Hanya Pada Tuhan
Merasai Cukup Hanya DenganNya
Bersama Terasing Rasanya Sama
Allah Sentiasa Di Dalam Jiwa

Biar Terlihat Tidak Punya Apa
Tetapi Hati Kaya Dengan Rasa
Rasa Kasih Dan Cinta Illahi
Menjadi Cahaya Penghidup Jiwa

Munsyid: NowSeeHeart

Dua puluh enam

Assalamualaikum wbt,

12 Jun 1984. Pada tarikh inilah saya telah selamat dilahirkan, di Klinik Jalan Tok Lam, Kuala Terengganu =) Saya dinamakan dengan nama yang bermaksud “cahaya cita-cita kami”. Nama pada anak-anak pun satu doa. InsyaAllah , sangat berharap agar dapat menghidupkan nama yang diberi, agar dapat jadi kebanggaan kedua ibu dan bapa saya, dan dapat membantu mereka, di dunia dan di akhirat kelak, iAllah…

Sepanjang 26 tahun ini…

Alhamdulillah….atas segala nikmat yang Allah berikan sepanjang saya ditumpangkan di atas muka bumi ini. Udara yang dihirup, nikmat mata melihat keindahan alam ciptaanNya, nikmat pendengaran, rezeki yang Dia berikan tidak putus-putus- sentiasa cukup makan minum, kehadiran orang-orang tersayang, Pertolongan Allah dalam urusan kehidupan dan terlalu banyak lagi, pasti tak akan habis untuk saya senaraikan di sini.

Astaghfirullah…atas di atas kelemahan diri sendiri. Yang tidak pandai untuk mensyukuri nikmat yang Allah Pinjamkan selama ini. Mudah untuk terlupa. ya Allah, janganlah Engkau palingkan kami daripada hidayahMu setelah Engkau berikannya pada kami. Teguhkan iman kami, dan kembalikan kami kepadamu dalam keadaan sebagai hamba-hambaMu yang beriman, yang Engkau Redhai…

Previous Older Entries

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.