~Mentari Hidup~

Kala senja itu tiba

Kutermenung sendirian

Terasa diriku ini jauh dari rahmatTuhan

Dosa yang aku lakukan

Menerjah ruang fikiran

Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini

Tanpa cahaya Ilahi

Baru kini kusedari

Jalan yang aku lalui

Memusnah pedoman hidup

Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu

Terbit cahaya dari-Mu

Memandu hamba-Mu menuju iman

Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu

Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu

Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri

Mohon keampunan Wahai Yang Maha Pengasih

Bantulah hamba-Mu ini

Yang kian terumbang-ambing

Di dalam arus duniawi

Kuberdoa kepada-Mu

Memohon limpah rahmat-Mu

Mentari hidupku kan bersinar kembali

Munsyid: Haikal

*Rindu*

Baru beberapa hari berlalu, tapi hati dah mula rasa rindu…

Rindukan saat-saat itu…entah akan ketemu lagi ntah tidak…huhu

Ramadhan…kami merindui mu!

Catatan rohani~

“Jika engkau menghadapi dunia dengan jiwa lapang, engkau akan memperoleh banyak kegembiraan yang semakin lama semakin bertambah, semakin luas, duka yang makin mengecil dan menyempit. Engkau harus tahu bahawa bila duniamu terasa sempit, Sebenarnya jiwamulah yang sempit bukan dunianya.”(Ar-Rafi’i)

Segala puji bagi Allah yang telah meletakkan hati dan langkah kita dalam kebersamaan di jalan dakwah ini. Semoga limpahan kasih sayangNya sentiasa terhimpun pada kita. Saudaraku, Kisah orang-orang soleh terdahulu sentiasa menjadi sebutan dek kerana kemantapan jiwa mereka dalam memandang kehidupan dunia. Suatu hari, Ibrahim An Nakh’I keluar berjalan bersama temannya, seorang yang buta. Setelah lama menyusuri jalan, rakannya yang buta mula bersuara, “Ya Ibrahim, orang-orang yang melihat kita ramai yang menghina kita dengan panggilan itu orang buta, orang pincang.” Orang buta itu seakan-akan tertekan dengan panggilan tersebut. Lalu Ibrahim dengan tenang menjawab, “kenapa engkau begitu terbeban memikirkannya? Jika mereka berdosa kerana menghina kita sedangkan kita mendapat pahala, lalu kenapa?”

Fudhail Bin Iyadh, seorang ulama Tabi’in yang cukup terkenal dengan ketakwaannya menceritakan, suatu ketika, saat beliau sedang duduk di masjidil haram, beliau didatangi seseorang yang sedang menangis. Fudhail bertanya, “kenapa engkau menangis?” Lalu orang itu menjawab, “aku kehilangan beberapa dinar yang aku pasti ianya telah dicuri.” Fudhail kembali menyoal, “apakah disebabkan dinar itu sahaja engkau menangis?” Orang tersebut lantas memberi jawapan yang sungguh mengejutkan. “Tidak, aku menangis kerana aku tahu bahawa kelak aku akan berada di hadapan Allah dengan pencuri itu dan aku sangat kasihan akan nasib pencuri itu nanti. Itulah yang membuatkan aku menangis…” Iman seperti apakah yang mereka miliki wahai saudaraku?

Ujian dunia langsung tidak melemahkan semangat juang mereka. Mungkin mereka berduka, bersedih, kecewa atau barangkali naik kemarahannya. Namun mereka masih mampu mengawal hati mereka, tetap redha, kekal tenang hasil daripada sikap lapang dada yang mereka miliki. Alangkah indahnya…

Saudaraku, Kisah-kisah seperti itu seharusnya membuatkan kita mengerti bahawa jika kita tidak lapang dada dan tidak mudah bersabar, kita pasti akan menjadi orang yang paling menderita di dunia ini. Ini kerana, penderitaan terbesar adalah jiwa yang cepat goyah dan bimbang saat menghadapi sesuatu yang sebenarnya remeh. Persoalan remeh yang kita lihat secara keliru, kemudian mengakibatkan sempitnya dada, kesal hati, murung, dukacita, air mata dendam sehingga waktu rehat terganggu dek kerana fikiran yang berkecamuk. Jika itu yang terjadi, pastinya tiada amal-amal besar yang dapat kita lakukan. Hal ini kerana, amal-amal besar hanya lahir daripada jiwa yang tenang, hati yang lapang, penuh redha, serta fikiran yang terurus.

Itulah sebabnya, Sheikh Mustafa Masyhur mensyaratkan nafasun thawil atau nafas panjang perlu ada pada pejuang-pejuang Islam. Baginya, jalan perjuangan yang panjang tidak akan mampu dilalui oleh orang-orang yang ber ‘nafas pendek’, mudah goyah dan tidak sabar. Dalam perjalanan yang panjang ini, Kita sebenarnya mampu untuk menjadi seperti mereka. Syaratnya adalah, kita tahu dan sedar ada matlamat yang lebih besar yang ingin kita capai bersama di hujung perjalanan dakwah ini. Malah, ia lebih penting daripada apa pun peristiwa yang berlaku di dunia ini. Tiada ertinya dan betapa kecilnya kehidupan dan kemewahan di dunia ini apabila kita telah bersedia untuk berjuang memburu redha Allah. Nadu’llah atthabat ‘ala tariqihi..

DISEDIAKAN OLEH: ABDUL HAKIM B ADZMAN AJK KREKS PEMBINA DHL

http://pembinadhl.blogspot.com/2009/06/catatan-rohani.html

Hanya RedhaMu Ku harapkan…

Doa Rasulullah saw dalam perjalanan pulang ke Mekah selepas dakwah Baginda di Thaif di tolak…

اللهم إني أشكو إليك ضعف قوتي وهواني على الناس أنت أرحم الراحمين إلى من تكلني إلى عدو يتجهمني أم إلى قريب ملكته أمري إن لم تكن غضبان علي فلا أبالي غير أن عافيتك أوسع لي أعوذ بوجهك الذي أشرقت له الظلمات وصلح عليه أمر الدنيا والآخرة أن ينزل بي غضبك أو يحل بي سخطك لك العتبى حتى ترضى ولا قوة إلا بالله

“O Allah, I complain to You of my weakness and my insignificance in the eyes of the people. You are the most Merciful. No matter who You have put me at the mercy of – an enemy who will be stern with me, or a friend to look after my affairs – as long as You are not Angry with me, then I don’t care. However, the relief You bring would be more comfortable for me. I seek refuge with Your Face – for which the darkness has lit up, and the affairs of this world and the next are organized – from being afflicted with Your Wrath or deserving of Your Anger. You have the right to admonish as You please, and there is no might nor power except by Allah.”

Ibrah-

  • Betapa manusia itu mmg tidak sempurna, akan sentiasa ada kelemahannya
  • Hanya Redha Allah yg wajar kita harapkan, bukanlah pengiktirafan drpd manusia itu sendiri (yg mana tak sempurna jg, dan memerlukan kpd Allah jg)
  • Ketenangan itu datangnya drpd Allah…Ala bizikriLlahi tadmainnul qulub  —->Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram(13:28)…hanya Allah yg dpt mencampakkan rasa ketenangan dlm hati manusia..sungguh Allah Maha Berkuasa