[Pilar-pilar Kemenangan- Surah al Anfal:45-47]

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). (45)

وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. (46)

وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ خَرَجُوا مِن دِيَارِهِم بَطَرًا وَرِئَاءَ النَّاسِ وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطٌ

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka kerjakan. (47)

__________________________________________________________________________________________

Kebenaran ayat-ayat Quran itu tidak dapat kita sebagai hambaNya untuk mempersoalkan lagi. Siapakah yang lebih benar ucapannya daripada Allah? Daripada 3 ayat di atas, terdapat 6 kaedah kemenangan/kejayaan..yang boleh kita jadikan pelajaran, insya Allah =)

“Dan sesungguhnya, telah Kami mudahkan al Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran? [54:40]

1. Tsabat (keteguhan)

2. Zikrullah dan berdoa padaNya

3. Taat kepada Allah dan RasulNya

4. Kesatuan dan persaudaraan

5. Sabar

6. Meluruskan niat dan menyucikan tujuan

Sumber: Ceramah-ceramah Jum’at HAB

Dakwah Kita

Menurut Abdul Qadir Audah:

Dakwah ini adalah kepunyaan Allah bukannya milik individu. Allah telah mengajar orang-orang beriman bahawa dakwah terikat dengan kehendakNya bukan kepada para duah, nasib setiap individu daripada dakwah ialah sesiapa yang beramal untuknya maka Allah akan memuliakannya dengan sebab amalnya, sesiapa yang meninggalkan beramal untuk dakwah maka Allah akan menjauhkan kebaikan daripadanya dan dakwah tidak akan mendapat mudarat sedikitpun

Muhasabah…

Love_heart

Ya Muqallibal qulub,tsabbit qulubana a’la dinik wa tho’atik…

Wahai Tuhan Yang Maha membolak-balikkan hati,tetapkan hati kami pada agama dan mentaatiMu

Kerja lebih byk drpd masa yg ada..at this point of time, rasa lelah,lemah..ya Allah..mgkn hambamu ini makin jauh drpdMu tnpa ia sedari…*muhasabah mode*

Kata-kata Imam Syahid Hassan al Banna:

Saudaraku,

Janganlah engkau berputus asa, kerana putus asa bukanlah akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahwa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kemarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat.    [Bagaimana Menyentuh hati: Syaikh Abbas Hasan as-siisi]

Bismillah…Langkah Pertama

quran5xj1eu4

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…

Moga setiap detik hidupku sentiasa dalam peliharaan-Mu Ya Rabb.Berikanlah Petunjuk dan Inayah-Mu selalu.Ameen.

Peliharalah cita2 mu, kerana sesungguhnya cita2mu itu mendahului segala sesuatu. Barangsiapa yg baik cita2nya dan dia jujur padanya, niscaya pekerjaan yg dilakukannya akan melahirkan hasil yg baik pula. [ar Raqaiq]