La Tahzan

Welcoming BBQ ISMA-NSW~

Welcoming BBQ ISMA-Nsw~

Bismillahirrahmanirrahim…

Dengan berbesar hati,

warga ISMA New South Wales ingin menjemput

semua warga baru 1st Year Students

ke Welcoming BBQ 2010

bertempat di Maroubra Beach

pada 28 Februari 2010

9am-1pm

Jumpa di sana, insyaAllah!

Kamu Kata Kamu Cintakan Rasul, Mana Buktinya?

Buktikan cinta anda!!!

Assalamulaikum Wbt

Mungkin ada antara kita yang selalu menyatakan kita ini sayangkan Rasulullah, Rasul itu pesuruh Allah, tetapi apabila ditanya bagaimana membuktikan semuanya diam bisu tanpa kata. Kita mudah untuk berkata tetapi sekiranya tidak disusuli dangan perbuatan maka kata-kata kita akan binasa dan mendapat dosa. Jadi Buktikan cinta anda!!!

Seseorang muslim atau mukmin bukan hanya sekadar wajib beriman kepada kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan membenarkan segala perkhabaran yang disampaikan Baginda bahkan dia berkewajipan menunaikan tanggungjawabnya kepada Baginda s.a.w. dan menjaga adab-adab terhadap Baginda. Tanggungjawab ini disimpulkan dalam satu ungkapan: “Nasihat kepada Rasulullah s.a.w.”. Al-Qurthubi menghuraikan maksud ungkapan ini iaitu:

والنصيحة لرسوله: التصديق بنبوته، والتزام طاعته في أمره ونهيه، وموالاة من والاه ومعاداة من عاداه، وتوقيره، ومحبته ومحبة آل بيته، وتعظيمه وتعظيم سنته، وإحياؤها بعد موته بالبحث عنها، والتفقه فيها والذب عنها ونشرها والدعاء إليها، والتخلق بأخلاقه الكريمة صلى الله عليه وسلم. (تفسير القرطبي: ج8/ص227)

Seseorang yang mengaku mencintai Rasul s.a.w. tentunya tidak berdolak dalik melaksanakan tanggungjawab ini. Jika seorang ibu yang menyintai anaknya, sanggup berbuat apa sahaja demi anaknya. Kesakitan ketika melahirkan seakan-akan hilang tatkala mendengar suara tangis si kecil di sisi. Air mata kesakitan bertukar menjadi air mata kegembiraan. Si ibu sanggup bersengkang mata tanpa menghiraukan keletihan dan kelesuan untuk kesejahteraan anaknya. Bagaimana pula sikap orang yang mengaku cintakan Rasulullah? Lihatlah bagaimana para Sahabat melaksanakan kecintaan kepada Baginda s.a.w..

Sedikit Huraian Lanjut

Kecintaan dan nasihat kepada Rasulullah direalisasikan dengan melaksanakan perkara-perkara berikut:

1. Sentiasa mematuhi segala suruhan dan larangan Baginda s.a.w..

Allah berfirman:

Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu! (Muhammad: 33)

…Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya). (al-Hasyr: 7)

…Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya (Rasulullah), beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (an-Nur: 63)

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سِنَانٍ حَدَّثَنَا فُلَيْحٌ حَدَّثَنَا هِلَالُ بْنُ عَلِيٍّ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ إِلَّا مَنْ أَبَى قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَنْ يَأْبَى قَالَ مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى (رواه البخاري)

Ibnu Qayyim di dalam kitabnya, I’lam al-Muwaqi’in menyatakan: Allah Ta’ala menjadikan meninggikan suara mereka mengatasi suara Rasul yang diutuskan sebagai sebab kepada musnahnya (pahala) amalan mereka. Maka bagaimana pula dengan mengutama dan mengangkat pandangan, akal, citarasa, siasah dan pengetahuan mereka sendiri mengatasi ajaran yang Baginda s.a.w datang membawanya? Tidakkah ini lebih layak untuk menjadi sebab musnahnya (pahala) amalan dan kerugian yang nyata?! [Fatawa Syar’iyyah, Syeikh Makhluf]

2. Meneladani Baginda s.a.w., berakhlak dengan akhlaknya dan mengikuti jejak langkahnya.

Allah berfirman:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) (al-Ahzab: 21)

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Ali ‘Imran: 31)

3. Berhukumkan kepada Baginda s.a.w., merelai ketetapan yang diberikannya.

Allah berfirman:

Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. (an-Nisa`: 65)

Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. (al-Ahzab: 36)

4. Mencintai Baginda s.a.w. mengatasi kecintaan kepada makhluk lain atau kenikmatan.

Allah berfirman:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (at-Taubah: 24)

حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ عُلَيَّةَ عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ صُهَيْبٍ عَنْ أَنَسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ح و حَدَّثَنَا آدَمُ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ (رواه البخاري)

حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ سُلَيْمَانُ بْنُ الْأَشْعَثِ قَالَ أَخْبَرَنَا يَحْيَى بْنُ مَعِينٍ حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ يُوسُفَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سُلَيْمَانَ النَّوْفَلِيِّ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيِّ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحِبُّوا اللَّهَ لِمَا يَغْذُوكُمْ مِنْ نِعَمِهِ وَأَحِبُّونِي بِحُبِّ اللَّهِ وَأَحِبُّوا أَهْلَ بَيْتِي بِحُبِّي قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ إِنَّمَا نَعْرِفُهُ مِنْ هَذَا الْوَجْهِ (رواه الترمذي)

5. Menukar kecintaan ini kpd bentuk yang praktikal

19748 – أخبرنا عبد الرزاق عن معمر عن الزهري قال : حدثني من لا أتهم من الانصار أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان إذا توضأ أو تنخم ابتدروا نخامته ووضوءه ، فمسحوا بها وجوههم وجلودهم ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لم تعفلون هذا ؟ قالوا : نلتمس به البركة ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من أحب أن يحبه الله ورسوله فليصدق الحديث ، وليؤد الامانة ، ولا يؤذ جاره. (مصنف عبد الرزاق ص8/ج11)

6. Menghormati Baginda s.a.w. semasa hidup dan semasa matinya.

Allah berfirman:

…Maka orang-orang yang beriman kepadanya (Rasulullah s.a.w.), dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya. (al-A’raf: 157)

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (al-Hujurat: 1)

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya. Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi Rasulullah (s.a.w), – merekalah orang-orang yang telah dibersihkan Allah hati mereka untuk bertaqwa; mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar. (al-Hujurat: 2-3)

Sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu dari luar bilik-bilik (tempat ahlimu, wahai Muhammad), kebanyakan mereka tidak mengerti (adab dan tata tertib). Dan kalaulah mereka bersabar menunggu sehingga engkau keluar menemui mereka, tentulah cara yang demikian lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Hujurat: 4-5)

Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman ialah mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya, dan apabila mereka turut bersama-sama dengan Rasulullah dalam sesuatu perkara yang memerlukan perhimpunan ramai, tidaklah mereka meninggalkan majlis perhimpunan itu sebelum mereka meminta izin kepada Baginda. Sesungguhnya orang-orang yang meminta izin kepadamu (wahai Muhammad) itulah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya… (an-Nur: 62)

Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu… (an-Nur: 63)

Al-Qadhi Abu Bakar ibnu al-‘Arabi: Kehormatan Nabi selepas mati sama seperti kehormatan Baginda ketika hidup. Kemuliaan percakapan Baginda yang diriwayatkan selepas kematian Baginda seperti percakapan Baginda yang didengari dari lafaz Baginda. Apabila dibaca percakapan Baginda, setiap yang hadir berkewajipan untuk tidak meninggikan suaranya dan tidak berpaling daripadanya…[Tafsir al-Qurthubi, 16/307]

7. Memuliakan Baginda s.a.w. ketika disebut namanya dengan berselawat ke atas Baginda.

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الدَّوْرَقِيُّ حَدَّثَنَا رِبْعِيُّ بْنُ إِبْرَاهِيمَ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ إِسْحَقَ عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ دَخَلَ عَلَيْهِ رَمَضَانُ ثُمَّ انْسَلَخَ قَبْلَ أَنْ يُغْفَرَ لَهُ وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ أَدْرَكَ عِنْدَهُ أَبَوَاهُ الْكِبَرَ فَلَمْ يُدْخِلَاهُ الْجَنَّةَ قَالَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ وَأَظُنُّهُ قَالَ أَوْ أَحَدُهُمَا وَفِي الْبَاب عَنْ جَابِرٍ وَأَنَسٍ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ مِنْ هَذَا الْوَجْهِ وَرِبْعِيُّ بْنُ إِبْرَاهِيمَ هُوَ أَخُو إِسْمَعِيلَ بْنِ إِبْرَاهِيمَ وَهُوَ ثِقَةٌ وَهُوَ ابْنُ عُلَيَّةَ وَيُرْوَى عَنْ بَعْضِ أَهْلِ الْعِلْمِ قَالَ إِذَا صَلَّى الرَّجُلُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّةً فِي الْمَجْلِسِ أَجْزَأَ عَنْهُ مَا كَانَ فِي ذَلِكَ الْمَجْلِسِ (رواه الترمذي)

8. Berselawat dan mendoakan Baginda s.a.w.

Allah berfirman:

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ صَالِحٍ مَوْلَى التَّوْأَمَةِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا جَلَسَ قَوْمٌ مَجْلِسًا لَمْ يَذْكُرُوا اللَّهَ فِيهِ وَلَمْ يُصَلُّوا عَلَى نَبِيِّهِمْ إِلَّا كَانَ عَلَيْهِمْ تِرَةً فَإِنْ شَاءَ عَذَّبَهُمْ وَإِنْ شَاءَ غَفَرَ لَهُمْ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَقَدْ رُوِيَ مِنْ غَيْرِ وَجْهٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ (رواه الترمذي)

وَمَعْنَى قَوْلِهِ تِرَةً يَعْنِي حَسْرَةً وَنَدَامَةً و قَالَ بَعْضُ أَهْلِ الْمَعْرِفَةِ بِالْعَرَبِيَّةِ التِّرَةُ هُوَ الثَّأْرُ

حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَيَّاشٍ قَالَ حَدَّثَنَا شُعَيْبُ بْنُ أَبِي حَمْزَةَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْكَدِرِ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ (رواه البخاري)

–         Selawat ke atas Nabi dituntut secara umumnya pada bila-bila masa (kecuali keadaan yang menafikan adab dengan Baginda spt ketika melihat maksiat, qadha hajat dsb)

–         Sebahagian ulama menggariskan waktu-waktu yang lebih khusus untuk berselawat:

  • Dalam tasyahhud
  • Dalam solat jenazah
  • Pada hari Jumaat
  • Sebelum berdoa dan selepas berdoa
  • Ketika mengingati Baginda s.a.w. atau disebut namanya.
  • Ketika azan
  • Ketika memasuki dan keluar masjid
  • Dipermulaan surat selepas basmalah dan tahmid
  • Waktu pagi dan petang

9. Mengambil berat mempelajari Sunnah Baginda serta mengkaji sirah, keperibadian, tingkahlaku, akhlak dan adab Baginda.

10. Berhati-hati dalam meriwayatkan Hadis Baginda s.a.w. agar tidak berdusta dan menokok tambah, dan tidak pula menolak sesuatu hadis yang sabit.

حَدَّثَنَا أَبُو عَاصِمٍ الضَّحَّاكُ بْنُ مَخْلَدٍ أَخْبَرَنَا الْأَوْزَاعِيُّ حَدَّثَنَا حَسَّانُ بْنُ عَطِيَّةَ عَنْ أَبِي كَبْشَةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلَا حَرَجَ وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ (رواه البخاري)

Abu ‘Ashim ad-Dhohhak bin Makhlad berbicara kepada kami, al-Auza’ie memberitahu kami, Hassan bin ‘Athiyyah berbicara kepada kami, daripada Abi Kabsyah, daripada ‘Abdullah bin ‘Amru,  bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat. Berbicaralah tentang bani Israil, tiada mengapa. Dan sesiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja, maka ambillah tempat duduknya daripada neraka.

حَدَّثَنَا عَبْد اللَّهِ حَدَّثَنِي عُثْمَانُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا ابْنُ فُضَيْلٍ عَنِ الْأَعْمَشِ عَنِ الْحَكَمِ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي لَيْلَى عَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ حَدَّثَ عَنِّي حَدِيثًا يُرَى أَنَّهُ كَذِبٌ فَهُوَ أَكْذَبُ الْكَاذِبِينَ (رواه أحمد)

‘Abdullah berbicara kepada kami, ‘Utsman bin Muhammad bin Abi syaibah berbicara kepadaku, Ibnu Fudhail berbicara kepada kami, daripada al-A’masy, daripada al-Hakam, daripada ‘Abdur Rahman bin Abi Laila, daripada ‘Ali r.a., beliau berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa meriwayatkan suatu hadis daripadaku yang dilihatnya dusta, maka dia adalah pendusta yang paling kuat berdusta.

7811 – حدثنا محمد بن أحمد بن الوليد ، نا سعيد بن عمرو السكوني ، نا بقية بن الوليد ، عن محفوظ بن مسور ، عن محمد بن المنكدر ، عن جابر قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « من بلغه عني حديث فكذب به ، فقد كذب ثلاثة : الله ، ورسوله ، والذي حدث به » (رواه الطبراني، المعجم الأوسط)

Muhammad bin Ahmad bin al-Walid berbicara kepada kami, Sa’id bin ‘Amru as-Sukuni berbicara kepada kami, Baqiyyah bin al-Walid berbicara kepada kami, daripada Mahfuzh bin Miswar, daripada Muhammad bin al-Munkadir, daripada Jabir, beliau berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang sampai kepadanya hadis daripadaku, lalu dia mendustakannya, sesungguhnya dia berdusta kepada tiga: Allah, Rasul-Nya dan orang yang meriwayatkannya kepadanya.

6040- حَدَّثَنَا بَكْرُ بن مُحَمَّدٍ الْقَزَّازُ الْبَصْرِيُّ، حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بن إِبْرَاهِيمَ بن غَالِبٍ السُّلَمِيُّ، حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بن عَبْدِ الرَّحْمَنِ بن عَبْدِ اللَّهِ أَبُو بَكْرٍ الْعَبْدِيُّ، عَنْ إِسْحَاقَ بن يُونُسَ بن سَعْدٍ، عَنْ هِلالٍ الْوَزَّانِ، عَنْ سَعِيدِ بن الْمُسَيِّبِ، عَنْ سَلْمَانَ رَضِيَ اللَّهُ تَعَالَى عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:”مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ بَيْتًا فِي النَّارِ، وَمَنْ رَدَّ حَدِيثًا عَنِّي، فَلْيَتَبَوَّأْ بَيْتًا فِي النَّارِ، وَمَنْ رَدَّ حَدِيثًا بَلَغَهُ عَنِّي، فَأَنَا مُخاصِمُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَإِذَا بَلَغَكُمْ عَنِّي حَدِيثٌ وَلَمْ تَعْرِفُوهُ، فَقُولُوا: اللَّهُ أَعْلَمُ” . (المعجم الكبير للطبراني، ج6 ص76)

Ini adalah serba sedikit, cara yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita, banyak lagi cara untuk menunjukkan kita sayangkan Rasulullah. Dengan penerapan nilai-nilai yang murni yang ada dalam diri Rasulullah diharap agar kita dapat menjadi rijal-rijal dan nisa’ nisa’ harapan ummah dan meneruskan usaha dalam menegakkan Islam di muka bumi ini.

copyright terjemahan Ust. Engku Omar

ISMA EROPAH

50th days of marriage life-Alhamdulillah…

Assalamualaikum wbt,

Sungguh cepat masa berlalu. Time really flies. Benarlah kata ISHAB- masa itu kehidupan. Masa yang berlalu pergi tak akan pernah dapat kita ulangi lagi. Oleh itu, setiap masa yg ada, kenalah dimanfaatkan sebaiknya agar tidak berlalu dgn sia2 sehingga kita menjadi org yg rugi.

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [Surah Al-‘Asr Ayat 1-3]

Kalau ikut pepatah orang2 biasa- time is gold/ masa itu emas. Hmm…kalau macam tu, orang2 kaya jer lah yang untung sebab masa dapat dibeli oleh mereka, yeke?…but it’s not the case =)

Kembali kepada tajuk entry di atas…Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah…Segala puji dan syukur hanya pada Allah. Tak terucap dgn kata2 utk nak gambarkan betapa besar nikmat yang Allah berikan pada diri ini. Even sebelum hidup ‘berdua’…dah tak terhitung nikmat yg Allah berikan..skrg dah tambah lagi nikmat hidup sebagai seorang zaujah/isteri =)

Rasanya masih kedengaran lagi saat ijab dan qabul dilafazkan…mitsaqan ghaliza–> berat sungguh rasanya perjanjian yg baru 50 hari dimeterai…waktu menjelang hari pernikahan tu.perasaan sumer xleh nak digambarkan…dalam takut, ada tenang..dalam sedih, ada gembira….FAQ  beberapa hari menjelang walimah—apa perasaan dah nak walimah? itulah jawapan nye kut =) dan lepas walimah ..FAQ yg diterima pula — apa perasaan dah walimah/ jadi seorang isteri? jawapannya: Alhamdulillah, sambil tersenyum..sbb kadang2 mmg tak boleh nak describe camner perasaan tu..insyaAllah bila dah berkahwin nnti akan rasa juga…percayalah dgn  janji2 Allah bagi orang yang sabar menunggu =)

Jazakumullah khairan katheera atas doa semua =) Mabruk juga pada sahabat2 lain yg telah lama, baru dan akan berbaitul muslim..doakan kami mendapat husnul khatimah..mendapat sakinah, mawaddah wa rahmah..dan thabat atas jalan yg sama2 kami pilih ini..sesungguhnya, jalan ini jugalah yg telah mempertemukan kami…alhamdulillah..Allahu Akbar! =)

Doa rabithah:

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..

hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu

Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada’ dlm perjuangan agama Mu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A’alamin..

Kenangan =)