Hamba Yang Merdeka

 

Ku ingin terbang tinggi… =)

Sesungguhnya seseorang Muslim bila diseru untuk berangkat untuk meraih cita2 yang tinggi, lalu ia berangkat dgn segera lalu membebaskan dirinya dari belenggu bumi…

Ia terbang melayang dgn sayap kemuliaan, dialah seorg Muslim yg layak menuntaskan perjuangannya dgn langkah yg istimewa dan jelas. As a muslim, kt perlu menegakkan pemisahan perasaan dan fikiran (mufashalah syu’uriyah wa fikriah)—> agar dpt membezakan antara Islam dan jg segalanya yg selain Islam

Rasulullah pernah bersabda kpd para sahabat ketika solat dgn mereka di suatu mlm iaitu solat isya’ yg dilakukannya di saat mlm mendekati pertengahannya:

“Bergembiralah, sesungguhnya di antara nikmat Allah yg dilimpahkan kepadamu ialah bahwa tiada seorg manusia pun yg solat di saat ini selain dari kalian. (sahih muslim).

Demikian itu terjadi sebelum Islam tersebar dikalangan umat manusia. Salah seorg yg mendengar berita ini mengungkapkan, “Maka kami pulang dgn hati gembira kerana apa yg telah kami dgr dari Rasulullah saw”

Rasulullah menganggap solat ini sbg berita gembira dan nikmat Rabbani. Begitulah jiwa kaum mukminin dididik utk memahami ketinggian , dan mengukuhkan semangat mereka utk menentang semua bentuk kejahiliyahan. Walaupun ketika itu bilangan mereka sgt sedikit berbanding golongan kuffar —> betapa besar pengaruh tarbiyah dan pendidikan sehingga mampu mengelola keadaan menjadi faktor peneguh dalam beragama..dan mendorong mereka memperbaharui tekad utk terus maju..

Kata Umar Ibnul Khattab ra:

Sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba yg dpt mematikan kebatilan dgn meninggalkannya, dan menghidupkan kebenaran dgn menyebut-nyebutnya.

Moga kt dapat berusaha utk menjadi hamba yg dimaksudkan itu…Ameen ya Rabb

Sumber: sedutan drpd ar Raqaiq, Pelembut hati

10 Wasiat Hassan Al Banna

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah bersolat serta merta walau apa jua keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-quran atau tatapilah ilmu atau pergilah mendengar perkara yang baik atau berzikir.jangan sama sekali membuang masa dalam perkara yang sia-sia.

3. Berusahalah sedaya upaya bertutur dalam bahasa arab fushah kerana ianya salah satu syiar islam.

4. Janganlah banyak berdebat dalam apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan sebarang kebaikan.

5. Janganlah bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh- sungguh dan serius dalam setiap perkara.

6. Jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah adalah sentiasa tenang lagi tenteram.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada yang dikehendaki oleh pendengar kerana ia menjemukan dan boleh menyakiti pendengaran

8. Jauhi daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan- pertubuhan dan jangan bercakap melainkan perkara yang mendatangkan kebaikan.

9. Berkenalanlah dengan setiap rakan yang ditemui sekalipun tidak diminta berbuat demikian kerana asas dakwah ialah berkasih sayang dan berkenalan.

10. Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu bantulah rakan untuk memanfaatkan waktu dan jika berurusan maka singkatkanlah masa perlaksanaannya.

Mujahadah hingga jasad kembali kepada tanah…permudahkan ya Allah!

Allahumma yassir wa la tu’assir

alhamdulillah, dah selesai dgn 2 paper MCQs and one more to be faced tomorrow-OSCE!

phew..berdebar jg (sgt actually..) mohon dgn sgt agar Allah permudahkan..Ameen

dan akhirnya, kepadaNya lah kt kembalikan pengharapan..Allah Knows what’s best for me, and for everyone else..

Ulangtahun kelahiran~

Alhamdulillah, segala puji dan kesyukuran hanyalah kpd Allah, Tuhan sekalian alam…

ya Allah, thank you for all the nikmat..and the best of all nikmat is my ISLAM+IMAN

Moga dikurniakan husnul khotimah..mg dipermudahkan langkah seterusnya…Ameen ya Rabb

p/s: Mama and papa…n my families..thanks heaps for the unconditional love…sayang+rindu semua~

Sebiru hari ini…

 

Subhanallah..sy tgk langit di luar tingkap…sgt biru..xde sebintik awan pun,hehe….gud wheather hari ni.

talking about sebiru hari ini..saya terigt pada this one lagu by edcoustic- sebiru hari ini…sgt suka! here’s the lirik lagu =) if nak dgr..leh dgr from blog akhi zaki =)

Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

reff:
Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

intro

reff 2x

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

‘Qul amantu billah, tsummastaqim’

Daripada Abu ‘Amru, Suffian bin Abdullah at-Tsaqafi ra, beliau berkata: Saya berkata: “Wahai Rasulullah, katakanlah kepada saya satu perkataan tentang Islam yang saya tidak perlu menanyakannya kepada orang lain.” Baginda saw bersabda: “Ucapkanlah saya beriman kepada Allah, kemudian kamu hendaklah beristiqamah.” (Riwayat Muslim)

ya Allah..tetapkan muslimku selalu…ameen ya Rabb..

Ar Raqaiq~Pelembut hati

‘Abdul Wahab ‘Azzam:

Pikiran tidak dpt dibatasi, dan lisan tidak dapat dibungkam, serta anggota tubuh tidak mau diam. Karena itu jika kamu tidak disibukkan dgn hal2 yg besar, maka kamu akan disibukkan dgn hal2 yg kecil.

…Ajarilah jiwamu utk terbang tinggi, niscaya ia tidak akan suka dgn kerendahan.

Kenalkanlah kepadanya kemuliaan, niscaya ia akan membenci kehinaan.

Rasakanlah kepadanya kesenangan ruhani yg besar, niscaya ia akan meremehkan kesenangan jasmani yg kecil.

Previous Older Entries