Infiru- Berangkatlah!

Belia2 Arab adalah seperti seorang pemuda yang sedih dan tertekan yang sedang duduk di dalam bilik yang gelap dan sempit penuh dengan sarang labah2. Segulung tikar sembahyang terletak di atas sofa tidak jauh darinya. Di atas mejanya adalah sebuah Kitab Suci Al-Quran yang telah berabuk.
Di luar, matahari bersinar terang-benderang.
Kita pergi kepadanya, dan menyapanya, “Kenapa tidak mahu keluar di mana matahari bersinar?”
Dia pun menjawab, “Tidak mungkin aku boleh keluar!”
Dan kita meyakinkannya “Sudah tentu Boleh!”.
Dan badannya pun mula mengerunyut dalam satu percubaan untuk bergerak, tapi dia gagal.

Dia terasa badannya seperti tercengkam ke tanah.
Cengkaman mengikat tangan kirinya…di situ tertulis perkataan “Pasif”.
Cengkaman mengikat tangan kanannya… tertulis perkataan “Malas”.
Cengkaman mengikat lehernya… tertulis perkataan “Jahil”
Cengkaman mengikat kakinya mengatakan “Tidak ada matlamat dalam hidupku”.
Kami memberitahunya, “Jika kau mahu bangun, kau mesti melepaskan diri dari cengkaman2 itu.
Kami akan membantu supaya kau berjaya.
Langkah demi langkah, dia mula belajar.
Dia mula belajar cara untuk membangunkan semangat dalam dirinya. Bagaimana hendak mengenali matlamat hidupnya dan bagaimana untuk memperkembangkan ilmunya.
Kesemua ini dia terapkan dalam hidupnya dan dijadikan kebiasaan.
Satu hari kami datang dan membuka pintu biliknya. Dia cuba bangun, dan berjaya bangun dengan senangnya.
Sebelum keluar, dia membawa bersama 2 perkara..
Dia membawa Kitab suci Al-Quran di tangan kanannya
Dan kunci untuk membina kehidupan di dalam tangan kirinya…

http://amrkhaled.net/articles/articles163.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: